rss
email
twitter
facebook

Monday, February 7, 2011

Penantian

Maklum mengatakan
Penantian itu satu penyeksaan
Tapi mungkin pada lain sisipan
Penantian itu satu ujian
Sejauh mana kesabaran
Sekuat mana kecekalan
Seteguh mana iman
Penantian itu juga satu cabaran
Namun tidak tersedia arahan
Bagaimana untuk berdepan
Bergantung kepada halangan
Dan juga persediaan
Namun sampai bila harus wujudnya penantian?
Mungkinkah minggu depan?
Mungkinkah bulan depan?
Atau mungkin juga tahun hadapan?
Sanggupkah diri untuk bertahan?
Segala jawapan hanya ada pada Tuhan
Kerana segalanya Dia yang tentukan
Perbanyakkan doa dan amalan
Tidak lupa juga panjatkan kesyukuran
Mungkin di sebalik satu penantian
Terselit sebuah kemenangan

2 comments:

master mazeen said...

Penantian itu memang menyakaitkan, tetapi apabila disusuli dengan sabar, insyAllah, bukan sekadar impian diperoleh tetapi pahala yang berganda digantikan ganjaran....

hafizihadi said...

InsyaAllah ada jalannya

Post a Comment