rss
email
twitter
facebook

Wednesday, February 29, 2012

Paradigma Hati

Kerap kali juga memerhati
Paradigma antara dua hati
Satu memuji satu lagi mencaci
Jelas dan nyata tiada solusi

Yang kaya biasa diangkat dipuji
Yang papa pula dibenci dimaki
Terus memfitnah tanpa hati-hati
Tidak sedar diri sedang dimurkai

Sentiasa dicanang wacana dunia
Dibawa cerita ke mana sahaja
Disangkanya manusia ada berbeda
Namun ciptaan-Nya semuanya sama

Depannya manis belakangnya bercerita
Mungkin tidak sedar itu satu dosa
Bukan menghukum bukan juga membela
Hanya sekadar nasihat bersama

Monday, March 7, 2011

Biarkan Februari Pergi

Lahirnya pada bulan Februari
Gadis jelita nama diberi
Berbekalkan wajah yang cerah berseri
Beralaskan jiwa yang suci murni

Laluan hidupmu penuh dugaan
Anggaplah ia sebagai ujian
Jangan lupa kita masih ada Tuhan
Yang akan menenami di sepanjang jalan

Realiti tidak seperti yang dijangka
Lebih baik tidak berkata-kata
Daripada menjulang seribu bahasa
Tapi tiada satu pun yang dikota

Saat dirimu disakiti
Dia ada untukmu di sini
Saat mengalir air mata di pipi
Dia sentiasa hadir di sisi

Mungkin ini ujian Ilahi
Kekuatan dan kesabaran perlu digagahi
Masih jauh perjalanan ini
Itulah lumrah kehidupan di bumi

Tuesday, February 22, 2011

Cacat

Setelah subuh pagi tiba
Bersiap siaga untuk bekerja
Bermacam fesyen pelbagai gaya
Tapi ada juga yang telah bersara

Pelajar juga tidak dilupa
Mengemis secebis ilmu di dada
Sungguh elok cantik paras rupa
Namun baik kah budi bahasa?

Sopan santun di bibir hanya
Gelak ketawa segenap masa
Sungguh indah pandangan mata
Tidak disedari cacat di jiwa

Cacat jiwa apa solusinya?
Pengisian rohani diperlukan mereka
Mungkin tidak pasti kenapa
Yang Maha Esa sentiasa bersama

Monday, February 7, 2011

Penantian

Maklum mengatakan
Penantian itu satu penyeksaan
Tapi mungkin pada lain sisipan
Penantian itu satu ujian
Sejauh mana kesabaran
Sekuat mana kecekalan
Seteguh mana iman
Penantian itu juga satu cabaran
Namun tidak tersedia arahan
Bagaimana untuk berdepan
Bergantung kepada halangan
Dan juga persediaan
Namun sampai bila harus wujudnya penantian?
Mungkinkah minggu depan?
Mungkinkah bulan depan?
Atau mungkin juga tahun hadapan?
Sanggupkah diri untuk bertahan?
Segala jawapan hanya ada pada Tuhan
Kerana segalanya Dia yang tentukan
Perbanyakkan doa dan amalan
Tidak lupa juga panjatkan kesyukuran
Mungkin di sebalik satu penantian
Terselit sebuah kemenangan

Saturday, January 29, 2011

Nota Hijau

Nota hijau itu
Amat bernilai dan berharga
Bukan hanya pada nilainya
Tetapi pada sentimental yang ada

Nota hijau itu
Tersimpan rapi di dalam jaga
Di dalam bekas tempayan raya
Di celah-celah nota lain juga

Nota hijau itu
Simbol kepada sesuatu ketika
Saat suasana riang dan gembira
Setelah sebulan berlapar dahaga

Nota hijau itu
Tidak sesekali akan diperguna
Dibelek-belek ia teringat dia
Terselit seribu maksud sejuta makna