rss
email
twitter
facebook

Saturday, January 29, 2011

Nota Hijau

Nota hijau itu
Amat bernilai dan berharga
Bukan hanya pada nilainya
Tetapi pada sentimental yang ada

Nota hijau itu
Tersimpan rapi di dalam jaga
Di dalam bekas tempayan raya
Di celah-celah nota lain juga

Nota hijau itu
Simbol kepada sesuatu ketika
Saat suasana riang dan gembira
Setelah sebulan berlapar dahaga

Nota hijau itu
Tidak sesekali akan diperguna
Dibelek-belek ia teringat dia
Terselit seribu maksud sejuta makna

Wednesday, January 19, 2011

Sahabat Khurafat

Kau dan aku dulu rapat
Kita pernah bergelar sahabat
Kini kau semakin ligat
Meneruskan sikap yang khurafat

Tidak aku faham kau pelat
Hati kau juga semakin liat
Tiada lagi ungkapan semangat
Hilang sudah erti sahabat

Muncul tiada lagi kelibat
Yang dulu kau kata nikmat
Tapi rupanya itu maksiat
Baru aku tahu kau takut akhirat

Mungkin juga kau tidak ingat
Perangai kau semacam lepat
Kau hilangkan kata-kata bulat
Khurafat kau ditunggu kiamat

Monday, January 17, 2011

Manusia Dusta


Manusia itu terselit kebenarannya
Namun terselah juga dusta yang ada
Bila bercakap berjela-jela
Bila bersembang berjuta-juta
Tidak lari sedikit pun Abu Nawas lagaknya
Bertemu si polan begini gayanya
Berjumpa si anu begitu khabarnya
Seperti air di daun talas diumpama
Puitis yang terbit darinya akal-akal hanya
Manusia dusta bagaikan anak bulan sifatnya
Sekitar menjadi alas kubur tempias darinya
Angguk bukan geleng ya, itulah pendusta
Anak tiri boleh disuruh, apa salahnya berbini janda
Janji tinggal janji, kata tinggal kata, juga tidak dikota
Bak timun dendang, luar merah dalam pahit dirasa
Tiada rasa ampun dari mereka untuk mereka
Di hujung lidah mereka semua berniaga
Terleka antara dosa dan pahala itulah manusia

Friday, January 14, 2011

Insan Kerdil


Sekian lama wujud alam semesta
Lahirlah insan kerdil ke dunia yang fana
Bagaikan perca yang tidak berwarna
Tiada siapa tahu akan corak padanya
Membesarlah insan kerdil meniti usia
Melalui masa bertemunya dewasa
Sentiasa padanya sebuah bahagia
Sesekali terpalit akan rasa kecewa
Hidupnya juga penuh pancaroba
Terasa besar insan kerdil akan dunia
Bergalaskan harapan dari ibu dan bapa
Untuk menggapai sebuah kejayaan sempurna
Ianya bukanlah angan-angan hanya
Berusahalah insan kerdil apa yang dihajatinya
Tapi apakah dia akan berjaya?
Hanya Tuhan yang tahu segalanya

Thursday, January 13, 2011

Jiwa Manusia


Jiwa, jiwa, jiwa
Bermacam jenis jiwa
Ada Khalid Mohd Jiwa
Ada juga Hospital Sakit Jiwa
Tapi semua itu berbeda ketara
Dengan yang bernama jiwa manusia
Tercipta hati tercipta jiwa
Adakah sama atau berbeza?
Mungkin tidak, mungkin juga ya
Cekalkah hati secekal jiwa?
Mungkin tidak, mungkin juga ya
Timbul pula jiwa raga
Tapi kenapa demikian rupa?
Kerana di dalamnya tersimpan ia
Sebuah jiwa dimiliki manusia
Apa yang penting bagi jiwa?
Pengisian rohani terbaik untuknya
Dapatkan yang berhak baginya
Sesekali disakiti janganlah ia
Tersebut padanya jiwa manusia

Wednesday, January 12, 2011

Buta


Tercipta waktu ketika
Kau dan aku dilahirkan berbeza
Kita membesar meniti usia
Tidak pernah kenal antara kita
Sehinggalah pada satu masa
Kau dan aku terjumpa
Kita berborak mesra
Kita bergurau senda
Kau ketawa aku ketawa
Kau gembira aku gembira
Kau berduka aku juga berduka
Tanpa aku sedar tiba-tiba
Dengan tanpa dipaksa
Dengan tanpa diduga
Aku telah jatuh cinta
Aku terfikir seketika
Adakah kau juga sama
Kerana aku tidak pasti kenapa
Lalu aku biarkan berlalunya masa
Namun sampai bila
Harus aku tunggu lama
Maafkan aku menjadi pencinta
Kini aku sedar akhirnya
Aku tidak dapat memilikinya
Kerana aku hanyalah seorang buta

Dunia Hujung Dunia


Tua sudah dunia kita
Telah bertahun berjuta umurnya
Mencuri masa dimamah usia
Namun manusia masih leka

Bumi dicabul di mana-mana
Bukit licin di serata
Hutan botak tidak terkira
Tapi manusia terus lena

Hijau alam tiada warna
Hutan batu pula yang dibina
Manusia gembira mencuci mata
Tiada sedarnya dunia hujung dunia

Masyarakat Tenat


Masyarakat
Dahulunya hebat
Hampir tiada hati jahat
Kini semakin tenat
Tapi masih belum terlambat

Masyarakat
Caci, cela, kutuk dan umpat
Saban hari tak kenal kudrat
Semakin bertingkat jiwa ke barat
Tanpa ada kata bulat

Masyarakat
Hati ingin buat, buat
Ditenung, difikir, dipagari adat
Ujian sukar untuk satu muafakat
Tidak terlahirlah darinya berkat

Masyarakat
Detik ketika masih belum terlambat
Disemai dibaja lisan sepakat
Cantum tenaga cantum keringat
Bersemadi aman fasa tenat