rss
email
twitter
facebook

Tuesday, February 22, 2011

Cacat

Setelah subuh pagi tiba
Bersiap siaga untuk bekerja
Bermacam fesyen pelbagai gaya
Tapi ada juga yang telah bersara

Pelajar juga tidak dilupa
Mengemis secebis ilmu di dada
Sungguh elok cantik paras rupa
Namun baik kah budi bahasa?

Sopan santun di bibir hanya
Gelak ketawa segenap masa
Sungguh indah pandangan mata
Tidak disedari cacat di jiwa

Cacat jiwa apa solusinya?
Pengisian rohani diperlukan mereka
Mungkin tidak pasti kenapa
Yang Maha Esa sentiasa bersama

Monday, February 7, 2011

Penantian

Maklum mengatakan
Penantian itu satu penyeksaan
Tapi mungkin pada lain sisipan
Penantian itu satu ujian
Sejauh mana kesabaran
Sekuat mana kecekalan
Seteguh mana iman
Penantian itu juga satu cabaran
Namun tidak tersedia arahan
Bagaimana untuk berdepan
Bergantung kepada halangan
Dan juga persediaan
Namun sampai bila harus wujudnya penantian?
Mungkinkah minggu depan?
Mungkinkah bulan depan?
Atau mungkin juga tahun hadapan?
Sanggupkah diri untuk bertahan?
Segala jawapan hanya ada pada Tuhan
Kerana segalanya Dia yang tentukan
Perbanyakkan doa dan amalan
Tidak lupa juga panjatkan kesyukuran
Mungkin di sebalik satu penantian
Terselit sebuah kemenangan