Setelah subuh pagi tiba
Bersiap siaga untuk bekerja
Bermacam fesyen pelbagai gaya
Tapi ada juga yang telah bersara
Pelajar juga tidak dilupa
Mengemis secebis ilmu di dada
Sungguh elok cantik paras rupa
Namun baik kah budi bahasa?
Sopan santun di bibir hanya
Gelak ketawa segenap masa
Sungguh indah pandangan mata
Tidak disedari cacat di jiwa
Cacat jiwa apa solusinya?
Pengisian rohani diperlukan mereka
Mungkin tidak pasti kenapa
Yang Maha Esa sentiasa bersama
4 comments:
Torbaik puisi or sajak nie..suko2..hehehe
kawe pun xtau genre gapo ni. pusi ko sajak ko pantun ko. redah je! haha
xleh nk tkan like...haha
tah letak button like x jadi2. haha
Post a Comment